Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (KESUMA) telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YDP MDKPI pada 21 & 22 Oktober 2011 bersamaan 23 & 24 Zulkaedah 1432 H yang lalu. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu telah disertai oleh 32 pasukan yang bersaing untuk menjadi juara bagi edisi yang pertama dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 1500.00. Berikut merupakan senarai pemenang bagi Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YDP MDKPI :
KEDUDUKAN | PASUKAN | HADIAH |
| Tempat Pertama | KCF FC | RM 1500.00 |
| Tempat Kedua | A.T FC (A) | RM 1000.00 |
| Tempat Ketiga | Padang Halban FC | RM 500.00 |
| Tempat Keempat | A.T FC (B) | RM 500.00 |
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua MDKPI, YABrs. Tuan Haji Adnan Bin Hussin.

