Majlis Percambahan Fikiran (Brainstorming) Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Bahagian, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 6-8 Oktober 2011 bersamaan 8-10 Zulkaedah 1432H di Bayview Hotel, Pulau Langkawi, Kedah. Majlis yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua MDKPI, Tuan Haji Adnan bin Hussin, Ketua Whip, Tuan Haji Ashaari bin Mamat, Setiausaha MDKPI, Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ahli-ahli Majlis,Ketua-ketua bahagian serta urusetia yang terlibat. Majlis Percambahan Fikiran ini diadakan bertujuan untuk mencari dan mengenalpasti kaedah-kaedah yang sesuai dari segi meningkatkan hasil majlis, keceriaan dan keindahan kawasan pentadbiran majlis dan perancangan kearah perbandaran islam. Pihak MDKPI telah menjemput wakil dari Urusetia Integriti Negeri Kelantan, Encik Wan Muhammad Hazam Bin Wan Hassan untuk mengetuai sessi percambahan fikiran ini. Pada sebelah malamnya, satu Mesyuarat Penuh MDKPI Bil 9/2011 telah diadakan ditempat yang sama dan telah dipengerusikan oleh YDP MDKPI.

Sila klik disini untuk melihat gambar sekitar