Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Ketereh telah menerima kunjungan daripada Pemanca Jawatankuasa Kemajuan Dan Kebajikan Kampung (JKKK) No.3 dan No.4 Kuching, Sarawak pada 29 RabiulAwal 1432H bersamaan 4 Mac 2011 sempena lawatan selama lima hari ke Kelantan . Ketibaan rombongan pemanca ini telah disambut oleh YDP MDKPI,Setiausaha MDKPI,Ahli-Ahli Majlis,Pegawai-pegawai serta kakitangan MDKPI. Antara program yang disediakan untuk meraikan rombongan ini ialah persembahan silat dan demonstrasi masakan Kelantan.

