MENU

Lawatan Inspektorat Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2018 di Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam akan diadakan pada hari Rabu 8 Ogos 2018 / 26 Zulkaedah 1439H bermula jam 8.30 pagi. Lawatan Inspektorat ini akan dilakukan oleh Bahagian Dasar Dan Inspektorat Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).  Inspektorat ini diadakan bertujuan untuk menilai tahap pencapaian penyampaian perkhidmatan PBT, meletakkan PBT pada kedudukan yang sesuai mengikut ranking agar dapat meningkatkan daya saing dan mengemaskini ciri-ciri PBT yang berprestasi tinggi supaya sentiasa menjaga dan memelihara tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.