Majlis Daerah Ketereh yang dulunya disebut Majlis Daerah Kota Bharu. Majlis Daerah Ketereh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399, hasil penyusunan semua Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Majlis Daerah Ketereh merangkumi kawasan seluas 146 km persegi meliputi kawasan-kawasan Daerah Ketereh, Daerah Peringat, Daerah Kadok, Mukim Salor (Daerah Salor), Mukim Pendek (Daerah Pendek) dan Mukim Badak Mati (Daerah Banggu). Pusat Pentadbiran Majlis Daerah Ketereh terletak di Pekan Ketereh iaitu kira-kira 20 km ke selatan daripada pusat Bandar Kota Bharu. Peluasan kawasan baru seluas 49.04 km persegi yang meliputi keseluruhan Daerah Salor, Daerah Beta dan Mukim Lembu serta sebahagian Mukim Tiong (Daerah Pendek) telah diwartakan.