MENU

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam akan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan kepada pelanggan yang berasaskan nilai-nilai jujur, ikhlas, bersih, adil dan amanah berteraskan konsep kerja sebagai satu ibadat seperti berikut :

1.    Memberikan perkhidmatan pungutan sampah dalam tempoh tidak lebih dua (2) hari untuk kawasan perumahan, sepanjang jalan utama dan kawasan strategik 

2.    Memproses permohonan lesen premis perniagaan dalam masa tidak lebih satu (1) bulan dari tarikh permohonan.

3.Memproses lesen,permit iklan,sepanduk,poster,billboard dan sebagainya dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari.

4.Memproses permit sementara perniagaan atau promosi jualan dan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari.

5.Memproses lesen/permit peniaga pasar malam/pasar tani dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari.

6. Memastikan semua urusan pembayaran Pesanan Kerajaan dibuat dalam tempoh tidak lebih satu (1) bulan dari tarikh tuntutan/inbois yang diterima.

7. Mengedarkan jemputan-jemputan mesyuarat dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari sebelum mesyuarat.