MENU

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam akan menganjurkan Karnival Sukan Perpaduan Dan Integrasi Belia & Beliawanis 2017 pada 26-28 Oktober 2017 (Khamis-Sabtu) bertempat di Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Pelbagai acara sukan akan diadakan sempena Karnival tersebut seperti Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, Kejohanan Badminton, Kejohanan Futsal Belia, Kejohanan Sepaktakraw, Kejohanan Karom dan Kejohanan Sepak Penalti. Karnival ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan para belia/beliawanis melalui elemen kesukanan, disamping membentuk diri belia yang aktif bersukan dengan gaya hidup sihat.