MENU

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan kerjasama Masjid Mukim Kadok akan menganjurkan Qaryah Ramadhan 1438H/2017M

Pelbagai program/ aktiviti Ihya' Ramadhan yang akan dijalankan adalah seperti Solat Terawih Imam jemputan Khas, Ifthor Jamaie, Solat Terawih berjemaah, kuliah kitab/tazkirah sepanjang Ramadhan, Halaqah Al- Quran, Fiqh Wanita (Kitab Puasa), Munajat dan Qiamullail, Ceramah Badar Kubra dan Nuzul Quran, Singgah Sahur, Insentif Kepada Asnaf dan banyak lagi.

Maka sehubungan dengan itu kami ingin memohon jasa baik Dato'/ Datin / Dr/ Tuan/Puan / Encik semua untuk menyumbang bagi melancarkan segala program yang akan dijalankan.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam: 03030001023710 (Bank Muamalat)

Atau boleh diserahkan kepada wakil-wakil Masjid Mukim Kadok yang bertugas.

1)Us Abdullah Zohdi Hj Ismail (Imam 1)
013-923 4404

2) Muhd Ridha Abdullah ( Bahagian Pem. Islam, Belia dan Kebajikan MDKPI)
+011 1610 1950

Segala sumbangan anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumullah khairan kathira.