MENU

Alhamdulillah, Ramadhan telah tiba. Marhaban Ya Ramadhan…!

Kedatangannya selalu dinantikan dan dialu-alukan oleh umat Islam. Umat Islam seluruh penjuru dunia menyambut kedatangan Ramadhan dengan perasaaan gembira dan suka cita. Tiada bulan ketika bersamanya hati menjadi tenang dan membuat jiwa-jiwa orang mukmin damai, kecuali Ramadhan.

Sempena bulan suci yang penuh rahmatNya dan keberkatan ini, marilah kita menyambut bulan mulia ini dengan hati yang bersih agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketulusan dan seikhlasnya agar dikurniakan barakah dan merasai nikmatnya Ramadhan ini.

Kita seorang muslim patut bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan ini serta berazam dengan bersungguh-sungguh melakukan Ibadah sepanjang Ramadhan ini.

Warga kerja MDKPI ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada warga Masyarakat yang beragama Islam. Semoga kita diberi umur yang panjang serta barakahnya, sehingga kita dapat beribadah sepenuhnya di bulan suci Ramadhan ini.

MDKPI juga mengalu-alukan semua masyarakat dalam pentadbiran MDKPI untuk sama-sama memeriahkan Program Ihya' di QARYAH RAMADHAN 1440H/2019M bertempat di Masjid Mukim Kadok masuk edisi ke-4.

Akhirnya, mari kita sambut kedatangan bulan Ramadhan ini gembira dan aktif dalam beribadah. Semoga kita dapat meraih berbagai keutamaan yang disediakan pada bulan Ramadhan ini. Aamiin Yaa Robbal ' Alamin...!