MENU

Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, iaitu 20km dari pusat Bandar Kota Bharu.

Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.

Masjid Kampung Laut, Nilam Puri   Masjid Kampung Laut, Nilam Puri

Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik ‘ Tebuk Pasak ‘ yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting.