MENU

Latar Belakang


Penubuhan Majlis Daerah Ketereh

Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan namaMajlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006bersamaan 1 Muharam 1427H. Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).

Kawasan dan Keluasan

Majlis Daerah Ketereh merangkumi kawasan seluas 155.90 km persegi yang meliputi kawasan-kawasan keseluruhan Daerah KeterehDaerah PeringatDaerah KadokMukim Salor(Daerah Salor)Mukim Pendek(Daerah Pendek) dan Mukim Badak Mati(Daerah Banggu). Pada 9 September 2004, pewartaan kawasan baru seluas 49.04 km persegi yang merangkumi seluruhDaerah BetaDaerah SalorMukim Lembu dan sebahagian Mukim Tiong(dalam Daerah Pendek) telah diluluskan dan menjadikan jumlah keluasan terbaru ialah seluas 204.94 km persegi. Pusat pentadbiran Majlis Daerah Ketereh terletak di Pekan Ketereh iaitu 20 km ke selatan daripada pusat Bandar Kota Bharu.
 

Keluasan Daerah Ketereh merangkumi Daerah Peringat, Mukim Pendek, Mukim Salor, Mukim Badak Mati dan Mukim Kadok. Seterusnya pada 2 Jun 2004, keluasan daerah ini bertambah sebanyak 49.04 kilometer persegi merangkumi Daerah Beta, Daerah Salor, Mukim Lembu dan Mukim Tiong. 

Jumlah Penduduk 

Tahun
Jumlah
2001 125,135
2002 128,290
2003 131,525
2004 135,205
2005 138,617
2006 141,867
2007 145,022

 

Peta Daerah Ketereh

Klik pada peta untuk paparan yang lebih jelas.