MENU

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam  belum lagi melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, sila kemukakan permohonan dengan mengisi permohonan maklumat ke dalam Sistem Maklumbalas MDKPI

Terma Dan Syarat:

Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam  boleh berbuat demikian dengan mematuhi terma dan syarat berikut:-

  1. Memohon secara dalam talian Sistem Maklumbalas MDKPI  untuk mendapatkan maklumat;
  2. Setiap Permohonan yang diterima akan diproses akauan penerimaan dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.
  3. Pegawai bertanggungjawab bagi setiap unit/bahagian akan memproses permohonan yang dikemukakan setelah mendapat arahan untuk diambil tindakan daripada YABrs. Setiausaha Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam  dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan;
  4. Sekiranya permohonan diluluskan dan maklumat telah lengkap diproses mengikut permohonan yang dikemukakan, pemohon perlu membayar fi pemprosesan (sekiranya berkenaan) dan akan menerima akses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian; dan
  5. Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh penerimaan keputusan.

 Sekian, terima kasih.