MENU

Soalan 1

 

Apakah cukai taksiran?

Jawapan

Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pelanggan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak dan tanah kosong yang terdapat di Majlis Daerah.

Soalan 2

Bagaimana cara ianya boleh dibayar?

Jawapan

Dua (2) kali setahun iaitu:
1/2 tahun pertama - bayar sebelum 28 Februari.
1/2 tahun kedua - bayar sebelum 31 Ogos

Soalan 3

Apakah yang terjadi jika tidak menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh tersebut?

Jawapan

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan-tindakan boleh dikenakan seperti berikut:
Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan ANDA dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari dari tarikh Notis ini dikeluarkan. Denda lewat akan dikenakan seperti berikut:
a)Jumlah wang yang belum dibayar yang kena dibayar tidak melebihi RM 50.00.Notis Tuntutan akan dikeluarkan jika bayaran sepenuhnya tidak dibayar dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis tuntutan ini dikeluarkan maka waran tahanan boleh dikeluarkan di bawah seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan bayaran waran tahanan akan dikenakan seperti di bawah:
b)Bayaran waran tahanan 3 peratus daripada jumlah tunggakan setiap 1/2 tahun.

Soalan 4

Bagaimanakah hendak mengelak denda atau tindakan waran tahanan atau mahkamah?

Jawapan

Bayar segera sebelum 28 Februari atau 31 Ogos pada tiap-tiap tahun.

Soalan 5

Apakah yang perlu anda lakukan jika bil-bil tidak diterima?

Jawapan

Anda hanya perlu membawa maklumat seperti No. Rumah, No. Lot, Nama Pemunya dan Bil Lama ke Bahagian Penilaian Majlis Daerah Ketereh.

Soalan 6

Jika anda hanya seorang penyewa rumah, atau bangunan tersebut, apa harus anda lakukan?

Jawapan

Anda hendaklah mengemukakan bil-bil cukai taksiran yang anda terima bagi bangunan yang disewa dengan segera kepada pemilik bangunan.

Soalan 7

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?

Jawapan

Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi : 
Mohd Ghazali Bin Ibrahim
Ketua Bahagian Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam
Tel : 09-7886112 sambungan 160
Emel : ghazali@mdketereh.gov.my