<<Kembali
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam 2010 telah mengadakan Majlis Pelancaran Medan Ilmu Ke 2 pada 30 Zulhijjah 1430H / 17 Disember 2009 bertempat di Perkarangan Surau Pasar Kedai Mulong. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh YM Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar. Medan Ilmu Pasar Kedai Mulong merupakan medan ilmu yang kedua selepas Medan Ilmu Pasar Peringat yang dilancarkan pada tahun 2008. Majlis Pelancaran Medan Ilmu ini dimulakan dengan Kuliah Perdana Hijratul Rasul yang telah disampaikan oleh Pegawai Halaqat Kawasan Kota Bharu iaitu Al-Fadhil Ustaz Nor Azariza Bin Mohd Alawi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul-Qarim yang telah disampaikan oleh Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2009 iaitu Mohd Anuar Bin Razali dan persembahan daripada peserta-peserta Halaqat Ilmu. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada peserta Halaqah Ilmu, Surau Kedai Mulong. Majlis berakhir jam 12.30 tengahari.

