<<Kembali
Hari Sukan Keluarga Majlis Daerah Ketereh telah diadakan pada 30 Januari 2010 bermula 8.30 pagi di Padang Majlis Daerah Ketereh. Sukan Keluarga ini diadakan sempena Pesta Sukan MDK yang telah bermula pada 27 Disember 2009. Hari Sukan Keluarga ini telah disertai oleh seluruh kakitangan Majlis Daerah Ketereh bersama keluarga masing-masing. Sebanyak 36 acara sukan rakyat telah dipertanding pada hari tersebut. Antaranya Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Kail Botol, Terompah Gergasi, Kaki Hantu, Lari dalam guni dan sebagainya. Turut hadir ialah Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh, YM Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar yang turut serta mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Kail botol dan sepak penalti.

