Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Mendengar Teks   Sila pilih teks (highlight) kemudian tekan butang ini   Tukar Warna Latarbelakang  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
Makam Raja Abdullah (1663-1671)

Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.

Halaman: 1  2  

KALENDAR
left left 20 Mei 2012 right right
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
moreevent
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia    Unit Permodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)   Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Jabatan Perkhidmatan Awam  MSC Malaysia 1 Malaysia  Web Pelancongan Negeri Kelantan MDEC MyID  MyIdeas SUK Portal Rasmi ketua Setiausaha Negara Portal MyHealth, kementerian Kesihatan Malaysia RSS