Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sempena tahun baru 2010 tidak terlewat lagi saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh penduduk-penduduk dan semua warga kerja kawasan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam 2010. Saya berharap sempena permulaan tahun baru ini, semua warga kerja akan dapat meningkatkan usaha bagi memastikan MDK sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan stakeholders.
Tahun 2010 merupakan tahun pelancaran MDK sebagai Perbandaran Islam, oleh itu setiap warga kerja Majlis Daerah Ketereh perlu mempunyai daya saing yang tinggi untuk mencapai matlamat dan teras perkhidmatan MDK sebagaimana yang terdapat dalam Pelan Strategik MDK 2010-2015. Dalam menghadapi persaingan global yang semakin mencabar, warga kerja MDK perlu sentiasa berpegang kepada budaya kerja berprestasi tinggi nilai intergriti.
Rakyat yang merupakan pelanggan MDK semakin peka dan mengharapkan perkhidmatan yang cepat, baik dan mesra. Sehubungan dengan itu warga kerja MDK perlu bersedia memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan pada masa yang sama perlu menjalani proses persediaan kerja yang telah ditetapkan.
Pencapaian yang membanggakan oleh MDK dengan memperolehi tiga bintang dalam Sistem Star Rating Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menambahkan azam warga kerja MDK untuk mencapai bintang yang tertinggi dimasa hadapan. Pengendalian konsep ‘Bandar Selamat’,perancangan yang teratur dalam Rancangan Tempatan MDK akan diberi penekanan selaras dengan konsep dasar ‘Membangun Bersama Islam’ dalam merancang pembangunan fizikal dan pembangunan insan penduduk-penduduk dalam kawasan MDK.
Adalah diharapkan pada tahun 2010 ini MDK dapat membina satu semangat kerja yang lebih mesra rakyat, berinovatif, kreatif serta dapat mewujudkan masyarakat yang selamat dan sejahtera dimasa hadapan. Ini selaras dengan maksud hadis bermaksud ‘Sesungguhnya Allah S.W.T suka apabila seseorang itu membuat sesuatu ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya).
(Riwayat Al-Baihaqi)
Sekian, terima kasih.
TENGKU AZMI BIN TENGKU JAAFAR Yang Dipertua, Majlis Daerah Ketereh